Wednesday, October 15, 2008

Hari Pertama.....



Hari pertama pembukaan. Bertempat di Hadapan South City Plaza, Seri Kembangan
Lokasi yang strategik...

Inilah ceritanya....kisah orang berniaga...sebelum ini mungkin ramai dah kenal aku di arena pertanian dan penternakan. Lihat sahaja lah blog aku di http://jutawantani.wordpress.com
So kali ni aku melangkah setapak lagi untuk masuk ke dalam bidang masakan pula..dan jikalau diizinkan hingga ke tahap syarikat katering yang berjaya.

Sebenarnya perniagaan ini adalah idea adik aku yang bekerja di sektor swasta sebelum ini. Memang gaji lumayan tapi tahap sterss kerja yang melampau membuatkan dia menjadi bosan dan terus mengambil keputusan untuk berniaga sendiri...tu pun setelah aku bersyarah kat dia banyak kali akan kelebihan orang yang berniaga..hehehehe

Dulu aku takde orang lain nak kongsi buat perniagaan seperti ini tetapi sekarang dah ada..maka aku takkan berpaling lagi untuk memajukan biznes ini ke tahap yang lebih baik sepertimana penternakan kambing yang aku usahakan...